- Kaki kanan ke hadapan, cepat jaaaaaaaalan.
- Nak susun bata pun ada teknik.
- Sila buat dua kumpulan.
- Rantai tangan jangan lepas.
- Tariiiiiiiiikkkk.
Memang mudah nak memulakan sebuah blog. Tapi sangat susah untuk mendisplinkan diri supaya sentiasa mengemaskini blog itu.
Inilah resolusi saya sempena tahun baru – Hijrah 1430 dan 2009. Memastikan blog-blog saya dikemaskini dan mendapat kunjungan serta komen dari semua. ;p
Sebagai penutup entri tahun 2008, nikmatilah gambar-gambar yang diambil sempena Hari Keluarga Protube Services Sdn Bhd yang diadakan baru-baru ini di Sanctuary Resort, Sungai Ular, Kuantan. Pakej 3 hari, 2 malam ini disertai oleh sekitar 35 kakitangan berserta anggota keluarga yang merangkumi pekerja bahagian Printing & Embroidery, HQ dan pekerja kontrak Kampus Wilayah Intan.
Cuaca yang baik menjadikan acara sukan di pantai sangat seronok. Encik Abdillah yang masih dalam MC digantikan tempatnya oleh Encik Din. Yeeaaaa!!!
Majlis yang sederhana ini diakhiri dengan acara karaoke dan cabutan bertuah.
Filed under: Uncategorized | Tagged: family day





